' MELAHIRKAN HUFFAZ SAMER '

03 September 2017

SEJARAH PENUBUHAN




Kelab Tahfiz telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Asrama Samer mulai bulan Januari tahun 2000. Ia hanya dilaksanakan kepada pelajar asrama lelaki pada peringkat permulaan sehinggalah beberapa tahun kemudian, juga dilaksanakan di asrama Puteri. Pada awalnya, diuruskan dan dikendalikan oleh sekumpulan pelajar yang diketuai oleh saudara Muhammad Muttakin Bin M. Amin, pelajar Tingkatan 4 yang berfikrah dan berjiwa tarbiyyah. Kelab Tahfiz Asrama dijenamakan semula pada tahun 2016 sebagai Pro-Tahfiz Asrama selari dengan perubahan dan perkembangan semasa namun masih menekalkan aspirasi asal penubuhan dan pelaksanaannya iaitu melahirkan huffaz dalam kalangan pelajar asrama.

No comments:

Post a Comment